Thursday, February 17, 2011

memory of maxwell hill,taiping.

the next day we all go to maxwell hill.nk kata adventure mmg xdak la sangat sebabnya naik hill tu by land rover.haha.mmg la relax sangat.actually nk naik maxwell hill ni memang dah jadi keinginan saya.even nama nya orang taiping,well duduk taiping ni dari umur 6 tahun kot tapi ni la first and maybe the last time saya naik maxwell hill.happening jugak sebab kat atas sana sejuk jea.scenery nye memang tak terkata lah..ceh,buat perak jap padahal benda dekat jea dengan rumah sendiri.hadoi.ok la.ape pun ni wajah-wajah happening teman.peace for who want to visit malaysia.

Wednesday, February 16, 2011

while we on our journey

hari ni sampai lah tetamu(alang's friends) yang ditunggu-tunggu dengan selamat.tetamu yang dinanti-nanti dari kelantan tu selamat sampai ke rumah jam 4.30 am tadi.so,im having breakfast with them.awesome!pertama kalinya jumpa face to face sebab selama ni hanya kenal sebab tengok gamba jea.today,our plan nk gi zoo taiping.wahh heaven!dapat jugak saya melihat dunia.lagipun saya dah lama tak jenguk hayawana kat sana.even dah pernah pergi banyak kali tapi still saya tak ingat nama-nama hayawana kat sana.yang saya pasti hayawana pun tak ingat nama saya.heh.nonsense lagi!=)

subhanallah.sungguh unik ciptaan Allah bila saya melihat kanggaroo dimana ada anak dalam kantung kanggaroo tu.ingatkan macam poket baju jea bentuk kantung tu.tapi dah tengok sendiri sebenarnya ada lubang kat tengah-tengah(bahagian perut) tu macam bentuk garisan kena bedah.hehe.pandai2 jea buat teori sendiri.so boleh lah si anak tu masuk seluruh tubuh badan dia dalam kantung tu tujuan nak selamatkan diri.


our sweet escape at zoo taiping.credit to~kak farhana,kak mahfuzah and kak lang.


lepas dah habis pusing satu zoo sampai semua hayawana kenal kitorang sebab agaknya kitorang antara visitor yang terawal jugak.hehe.then,kitorang excercise sikit(berjalan ke muzium).lalu depan taman tasik then cross terus pergi ke muzium.niat di hati nak cari teksi nak balik sebabnya dah nak dekat zohor tapi apa kan daya semua teksi yang lalu depan kitorang dah ada passengger.so,kitorang terus je ke muzium and pulang dengan teksi pak cik yang tinggal sekampung dengan saya..tu pun sebab kitorang call dia.=)


we having fun at museum taiping.=)

p/s : maybe entry ni macam terover pulak.macam nak promote taiping untuk cuti-cuti malaysia pun ada jugak.hehe.ok then.salam.=)

Tuesday, February 15, 2011

salam Maulidur Rasul

assalamualaikum buat semua.12 Rabiulawal tanggal kelahiran nabi Muhammad s.a.w.Banyak juga saya tengok ceramah di tv sempena Maulidur Rasul ni.Bila dah dengar semua ceramah tu baru la terasa diri ni belum cukup mengenal Rasulullah.Riwayat hidup baginda macam : nama,tarikh lahir and so on tu mungkin kita tahu.tapi ada juga yang tak tahu tau.Bila dah dengar ceramah tentang maulud nabi baru tahu serba sedikit tentang rasulullah.Contohnya saya baru tau isteri nabi ada 11 another story tentang rasulullah ialah nama keldai kesayangan rasulullah tapi saya dah tak ingat sekarang.haha.namanya sangat ringkas tapi saya kurang pasti.

So,ambil lah masa satu hari ni untuk mengenali rasulullah dengan lebih dekat sebab saya yakin tak semua yang kita tahu tentang rasulullah.Jadi luangkan lah sedikit waktu untuk dengar ceramah atau sebarang hal tentang rasulullah.Jangan terlalu sibuk dengan hal sendiri jea.

Sempena Maulidur Rasul ni ayuhlah kita mengingati dan menghayati segala dakwah yang baginda lakukan demi mempertahankan agama suci ini.Salam Maulidur Rasul.

Monday, February 14, 2011

ada apa dengan 14 februari?

assalamualaikum wbt.Tarikh 14 Februari setiap tahun dah menjadi tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pasangan bercinta sebagai hari untuk memperingati dan meluahkan cinta sejati kononnya kepada pasangan masing-masing. Amalan songsang seperti ini sudah menjadi taqwim tahunan remaja dan semestinya penganut agama Kristian. Lantas, remaja Islam di Malaysia diseru agar tidak terpengaruh dan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) yang disambut pada 14 Februari ini. Sudah jelas bahawa sambutan Hari Kekasih ini salah di sisi agama Islam dan bercanggah dengan aqidah Islam itu sendiri.

Dalam banyak-banyak perayaan kenapa sambutan hari Kekasih juga yang nak di sambut & diagung-agungkan.Padahal kita umat Islam dah ada dua perayaan : Hari Raya Aidilfitri & Hari Raya Aidiladha.Masih tak cukup kah dengan perayaan yang telah ditetapkan oleh agama kita tu.Hal ni bergantung juga kepada seseorang individu punya pendapat.Ada sesetengah yang berpendapat mereka menyambut Hari Kekasih hanya untuk meraikan kekasih mereka kononnya mempertontonkan kasih sayang seseorang itu kepada kekasihnya.Apa hari lain tak boleh nak raikan kah?Biasanya,mereka akan memberi coklat,bunga,kek,perfume,teddy bear & so on kepada yang disayangi.Memanglah siapa-siapa pun tak dinafikan seronok bila terima hadiah.Tapi bila hadiah tu diberi pada tanggal 14feb ni dengan tujuan kononnya suci untuk meraikan kekasih namun dalam pada masa yang sama perasan tak anda menyambut perayaan agama Kristian tu serentak.Nak beri hadiah tu boleh,tapi bagi pada hari lain apa salahnya kan.

Salah satu sebab larangan menyambut Hari Kekasih : menyebabkan perbuatan zina.Saya yakin ramai umat Islam tahu zina tu berdosa besar.Tipulah kalau cakap anda tak tahu zina tu salah disisi Islam.Dah melakukan zina maka ramailah anak yang tak sah taraf dilahirkan.Betul kata Ustaz Kazim dalam ceramah beliau bahawa banyak kes buang anak berlaku lewat-lewat bulan Oktober & November.Kenapa pada bulan berikut saja yang banyak?Sebabnya benih anak tu dah ditanam dalam rahim si ibu sejak bulan Februari lagi(Hari Kekasih).Bila difikirkan kata-kata ustaz Kazim tu,ada betulnya.Puncanya datang dari sambutan Hari Kekasih dimana mereka memperlihatkan betapa kasihnya mereka terhadap pasangan masing-masing sehingga maruah digadaikan begitu sahaja.Sudahlah melakukan zina,alih-alih buang anak yang tak berdosa.Bukannya mengurangkan dosa lagi menambah ada lah.

Konklusinya,banyak kesan negatif berbanding kesan positif jika kita menyambut Hari Kekasih.Sebelum melakukan sesuatu gunalah minda untuk berfikir secara rasional.Untuk apa manusia diciptakan berakal dan berbeza dari hidupan lain.Jika manusia sendiri bersikap seperti binatang.Ingatlah keseronokan dan kegembiraan dunia hanya sementara kerana dunia ini hanya pinjaman(sementara).Kita hidup didunia ini bukan untuk mencari keseronokan dunia tapi untuk mencari nikmatnya kehidupan akhirat yang kekal abadi.

=)