Thursday, June 23, 2011

When I Think About This...=)

Sedang member-member dah pun futher study kat perantauan(perantauan la sangat) saya masih lagi terkontang kanting kat Taiping ni.Even jadi budak form6 at SMK King Edward VII,masih lagi duk fikir nak study kat mana sebenarnya.Em...bila cakap pasal ni.Mula lah mind jadi serabut nanti.Memikirkan sama ada nak buat stpm atau diploma.

If i choose stpm,belum tahu lagi pointer mcm mana coz awal2 belajar pun i dah tak faham...huu..~scared already.If i choose diploma.of coz ambil diploma farmasi.and dah tentu2 belajar about chemistry.compared to stpm i have to learn biology yang i tak pernah belajar masa form 4 n form 5 dulu.Ni macam kes berani mati la kalau i pilih stpm.tapi for me any problem must have their own solution.Kalau dah tak boleh bawak why not pergi tuition je kan.compared tu diploma farmasi yang will i choose ni,nak tuition celah mana kalau i blur...haiyak..

So,how?any suggestion?tu saya dah tanya semua org kat sekeliling.tup2,i dapat diploma in business information technology kat kptm pengkalan chepa.what the heaven..celah mana lak boleh masuk business ni.memang la swasta..kat mana pun dia main letak je course kat kita tapi agak2 la kan.i tak pernah terfikir pun nak masuk bidang ni.Tapi for sure bidang kerja luas kalau i masuk bidang ni..but minat is zero about business..

When i think about this...i wonder to make a decision..nak pilih course yang kita dapat ke nak pilih minat kita kepada course mana ke nak pilih tempat belajar?hm...pada i,i'll choose minat kita kepada course mana yang kita nak.ni pun menjadi masalah utama.Dapat offer politeknik dah tak minat course.Ingat nak pergi register then tukar kos saje..Tu pun kalau boleh la..

When i think about this and that,i dont know how to make decision.susah2 sgt stay je stpm.go for the tuition,study like a mad and goal for my stpm.why not?hm..let me think about this first.NO NEED TO THINK LARH MY DEAR...Allah always besides u.just pray.that enough.!do u agree wif me?(that my math T teacher's word)...

Thursday, March 31, 2011

PEREMPUAN TAK GUNA!!

1.Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya.Kerana dia tahu,bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya.Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain,lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi.Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu.Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur.Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian
tersebut.

4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.

6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al- Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang
bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki.Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan,jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini .Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik Tunduk di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. Penyakit dlm hati adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

Akhirulkalam,renungkan la..=)sekian~wassalam.maa'ssalamah.

Thursday, February 17, 2011

memory of maxwell hill,taiping.

the next day we all go to maxwell hill.nk kata adventure mmg xdak la sangat sebabnya naik hill tu by land rover.haha.mmg la relax sangat.actually nk naik maxwell hill ni memang dah jadi keinginan saya.even nama nya orang taiping,well duduk taiping ni dari umur 6 tahun kot tapi ni la first and maybe the last time saya naik maxwell hill.happening jugak sebab kat atas sana sejuk jea.scenery nye memang tak terkata lah..ceh,buat perak jap padahal benda dekat jea dengan rumah sendiri.hadoi.ok la.ape pun ni wajah-wajah happening teman.peace for who want to visit malaysia.

Wednesday, February 16, 2011

while we on our journey

hari ni sampai lah tetamu(alang's friends) yang ditunggu-tunggu dengan selamat.tetamu yang dinanti-nanti dari kelantan tu selamat sampai ke rumah jam 4.30 am tadi.so,im having breakfast with them.awesome!pertama kalinya jumpa face to face sebab selama ni hanya kenal sebab tengok gamba jea.today,our plan nk gi zoo taiping.wahh heaven!dapat jugak saya melihat dunia.lagipun saya dah lama tak jenguk hayawana kat sana.even dah pernah pergi banyak kali tapi still saya tak ingat nama-nama hayawana kat sana.yang saya pasti hayawana pun tak ingat nama saya.heh.nonsense lagi!=)

subhanallah.sungguh unik ciptaan Allah bila saya melihat kanggaroo dimana ada anak dalam kantung kanggaroo tu.ingatkan macam poket baju jea bentuk kantung tu.tapi dah tengok sendiri sebenarnya ada lubang kat tengah-tengah(bahagian perut) tu macam bentuk garisan kena bedah.hehe.pandai2 jea buat teori sendiri.so boleh lah si anak tu masuk seluruh tubuh badan dia dalam kantung tu tujuan nak selamatkan diri.


our sweet escape at zoo taiping.credit to~kak farhana,kak mahfuzah and kak lang.


lepas dah habis pusing satu zoo sampai semua hayawana kenal kitorang sebab agaknya kitorang antara visitor yang terawal jugak.hehe.then,kitorang excercise sikit(berjalan ke muzium).lalu depan taman tasik then cross terus pergi ke muzium.niat di hati nak cari teksi nak balik sebabnya dah nak dekat zohor tapi apa kan daya semua teksi yang lalu depan kitorang dah ada passengger.so,kitorang terus je ke muzium and pulang dengan teksi pak cik yang tinggal sekampung dengan saya..tu pun sebab kitorang call dia.=)


we having fun at museum taiping.=)

p/s : maybe entry ni macam terover pulak.macam nak promote taiping untuk cuti-cuti malaysia pun ada jugak.hehe.ok then.salam.=)

Tuesday, February 15, 2011

salam Maulidur Rasul

assalamualaikum buat semua.12 Rabiulawal tanggal kelahiran nabi Muhammad s.a.w.Banyak juga saya tengok ceramah di tv sempena Maulidur Rasul ni.Bila dah dengar semua ceramah tu baru la terasa diri ni belum cukup mengenal Rasulullah.Riwayat hidup baginda macam : nama,tarikh lahir and so on tu mungkin kita tahu.tapi ada juga yang tak tahu tau.Bila dah dengar ceramah tentang maulud nabi baru tahu serba sedikit tentang rasulullah.Contohnya saya baru tau isteri nabi ada 11 another story tentang rasulullah ialah nama keldai kesayangan rasulullah tapi saya dah tak ingat sekarang.haha.namanya sangat ringkas tapi saya kurang pasti.

So,ambil lah masa satu hari ni untuk mengenali rasulullah dengan lebih dekat sebab saya yakin tak semua yang kita tahu tentang rasulullah.Jadi luangkan lah sedikit waktu untuk dengar ceramah atau sebarang hal tentang rasulullah.Jangan terlalu sibuk dengan hal sendiri jea.

Sempena Maulidur Rasul ni ayuhlah kita mengingati dan menghayati segala dakwah yang baginda lakukan demi mempertahankan agama suci ini.Salam Maulidur Rasul.

Monday, February 14, 2011

ada apa dengan 14 februari?

assalamualaikum wbt.Tarikh 14 Februari setiap tahun dah menjadi tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pasangan bercinta sebagai hari untuk memperingati dan meluahkan cinta sejati kononnya kepada pasangan masing-masing. Amalan songsang seperti ini sudah menjadi taqwim tahunan remaja dan semestinya penganut agama Kristian. Lantas, remaja Islam di Malaysia diseru agar tidak terpengaruh dan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) yang disambut pada 14 Februari ini. Sudah jelas bahawa sambutan Hari Kekasih ini salah di sisi agama Islam dan bercanggah dengan aqidah Islam itu sendiri.

Dalam banyak-banyak perayaan kenapa sambutan hari Kekasih juga yang nak di sambut & diagung-agungkan.Padahal kita umat Islam dah ada dua perayaan : Hari Raya Aidilfitri & Hari Raya Aidiladha.Masih tak cukup kah dengan perayaan yang telah ditetapkan oleh agama kita tu.Hal ni bergantung juga kepada seseorang individu punya pendapat.Ada sesetengah yang berpendapat mereka menyambut Hari Kekasih hanya untuk meraikan kekasih mereka kononnya mempertontonkan kasih sayang seseorang itu kepada kekasihnya.Apa hari lain tak boleh nak raikan kah?Biasanya,mereka akan memberi coklat,bunga,kek,perfume,teddy bear & so on kepada yang disayangi.Memanglah siapa-siapa pun tak dinafikan seronok bila terima hadiah.Tapi bila hadiah tu diberi pada tanggal 14feb ni dengan tujuan kononnya suci untuk meraikan kekasih namun dalam pada masa yang sama perasan tak anda menyambut perayaan agama Kristian tu serentak.Nak beri hadiah tu boleh,tapi bagi pada hari lain apa salahnya kan.

Salah satu sebab larangan menyambut Hari Kekasih : menyebabkan perbuatan zina.Saya yakin ramai umat Islam tahu zina tu berdosa besar.Tipulah kalau cakap anda tak tahu zina tu salah disisi Islam.Dah melakukan zina maka ramailah anak yang tak sah taraf dilahirkan.Betul kata Ustaz Kazim dalam ceramah beliau bahawa banyak kes buang anak berlaku lewat-lewat bulan Oktober & November.Kenapa pada bulan berikut saja yang banyak?Sebabnya benih anak tu dah ditanam dalam rahim si ibu sejak bulan Februari lagi(Hari Kekasih).Bila difikirkan kata-kata ustaz Kazim tu,ada betulnya.Puncanya datang dari sambutan Hari Kekasih dimana mereka memperlihatkan betapa kasihnya mereka terhadap pasangan masing-masing sehingga maruah digadaikan begitu sahaja.Sudahlah melakukan zina,alih-alih buang anak yang tak berdosa.Bukannya mengurangkan dosa lagi menambah ada lah.

Konklusinya,banyak kesan negatif berbanding kesan positif jika kita menyambut Hari Kekasih.Sebelum melakukan sesuatu gunalah minda untuk berfikir secara rasional.Untuk apa manusia diciptakan berakal dan berbeza dari hidupan lain.Jika manusia sendiri bersikap seperti binatang.Ingatlah keseronokan dan kegembiraan dunia hanya sementara kerana dunia ini hanya pinjaman(sementara).Kita hidup didunia ini bukan untuk mencari keseronokan dunia tapi untuk mencari nikmatnya kehidupan akhirat yang kekal abadi.

=)

Monday, January 24, 2011

enjoy the game

wahh..benda lama saya tak tuleh.lupa abeh camna nak post blog.haha.boleh lak camtu.act,lama tinggal blog ni sebab xdak pa nak tuleh.so,baik saya duk diam.see the title 'enjoy the game' means saya enjoy with cousin.crazy sepetang game saje.20 January 2011,memang kitorang dua main tak hengat lah.kua uma dalam jam 12 cm uhh then gi naik atas main roller.yeah!roller time pulak.and saya sampai rumah jam 7.what the over!

main situ agak best.best memory main roller sini tak jatuh memang tak puas.so,saya jatuh jugak satu kali betul betul kat belakang counter.haha.tak kisah la orang tengok.orang lain pun jatuh jugak kan.so,fair la.sebab saya jatuh?sebab nye before tu ade mamat jatuh terselit bawah kaki my cousin.saya gelak kat dia bukan main kelaka la bagi saya.then,kan dah kena hukum karma.tuhan bayar cash dah.saya jatuh pun area dak laki tu jatuh jugak.serve your right la macek.

after that,gi naik makan yee mee.second,haiya alassolah la pulak.destinasi seterusnya plaza.err...plaza ke?haha.bowling mari.kaki dah sakit.badan pun sakit jatuh tadi gagah pi main bowling.so,sampai tempat bowling my cousin and i dengan confidentnya amek 3 game.haiya,sangat semangat.dah lame main barulah perasan main bowling dua orang sangat lah boring.anyway best tengok macek and pacek sebelah tu main asyik strike je.kitorang strike buleh kira ngan jari jea oo.kepuasan amek 3 game ape kitorang dapat?lenguh tangan la beb.hadoi.>_-

masih dalam plan kua hari tu,nak apply kerja the store taiping coz dah rase lame duk rumah cam boring sangat pulak.naik office cakap nak apply part time.saya isi form ape tah lebey kurang cm formspring gak r..hhhaaa..ape aku merapu ni.after that kena isi another details form.lame jugak saya semangat isi.then hantar kat staff tu,she said please wait for some minute.so,saya with my cousin ni pun tunggu dengan tahap kesabaran yang melampau.jeng jeng,tiba lah masa untuk di interview.i GOT that JOB!weeeiiiuuu....1 ques yang saya beria nak tanya boleh pakai inner tak?sebab uniform dia kena pakai lengan pendek.and staff cakap tak boleh la.so,the job was rejected by me.ouh,what the sincere answer that she gave.now,im still the penganggur.hua..its oke.let it be.biar kerja tergadai jangan maruah tergadai.

so that day,balik dengan keletihan and kehampaan.kerja tak dapat letey lagi berganda.haiyo.what a sad statement.! T_T

p/s:nak apply kerja tanya dulu apa kita nak tanya sebelum isi form.kalau tidak penat mengisi je che kak oii.