Monday, February 14, 2011

ada apa dengan 14 februari?

assalamualaikum wbt.Tarikh 14 Februari setiap tahun dah menjadi tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pasangan bercinta sebagai hari untuk memperingati dan meluahkan cinta sejati kononnya kepada pasangan masing-masing. Amalan songsang seperti ini sudah menjadi taqwim tahunan remaja dan semestinya penganut agama Kristian. Lantas, remaja Islam di Malaysia diseru agar tidak terpengaruh dan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) yang disambut pada 14 Februari ini. Sudah jelas bahawa sambutan Hari Kekasih ini salah di sisi agama Islam dan bercanggah dengan aqidah Islam itu sendiri.

Dalam banyak-banyak perayaan kenapa sambutan hari Kekasih juga yang nak di sambut & diagung-agungkan.Padahal kita umat Islam dah ada dua perayaan : Hari Raya Aidilfitri & Hari Raya Aidiladha.Masih tak cukup kah dengan perayaan yang telah ditetapkan oleh agama kita tu.Hal ni bergantung juga kepada seseorang individu punya pendapat.Ada sesetengah yang berpendapat mereka menyambut Hari Kekasih hanya untuk meraikan kekasih mereka kononnya mempertontonkan kasih sayang seseorang itu kepada kekasihnya.Apa hari lain tak boleh nak raikan kah?Biasanya,mereka akan memberi coklat,bunga,kek,perfume,teddy bear & so on kepada yang disayangi.Memanglah siapa-siapa pun tak dinafikan seronok bila terima hadiah.Tapi bila hadiah tu diberi pada tanggal 14feb ni dengan tujuan kononnya suci untuk meraikan kekasih namun dalam pada masa yang sama perasan tak anda menyambut perayaan agama Kristian tu serentak.Nak beri hadiah tu boleh,tapi bagi pada hari lain apa salahnya kan.

Salah satu sebab larangan menyambut Hari Kekasih : menyebabkan perbuatan zina.Saya yakin ramai umat Islam tahu zina tu berdosa besar.Tipulah kalau cakap anda tak tahu zina tu salah disisi Islam.Dah melakukan zina maka ramailah anak yang tak sah taraf dilahirkan.Betul kata Ustaz Kazim dalam ceramah beliau bahawa banyak kes buang anak berlaku lewat-lewat bulan Oktober & November.Kenapa pada bulan berikut saja yang banyak?Sebabnya benih anak tu dah ditanam dalam rahim si ibu sejak bulan Februari lagi(Hari Kekasih).Bila difikirkan kata-kata ustaz Kazim tu,ada betulnya.Puncanya datang dari sambutan Hari Kekasih dimana mereka memperlihatkan betapa kasihnya mereka terhadap pasangan masing-masing sehingga maruah digadaikan begitu sahaja.Sudahlah melakukan zina,alih-alih buang anak yang tak berdosa.Bukannya mengurangkan dosa lagi menambah ada lah.

Konklusinya,banyak kesan negatif berbanding kesan positif jika kita menyambut Hari Kekasih.Sebelum melakukan sesuatu gunalah minda untuk berfikir secara rasional.Untuk apa manusia diciptakan berakal dan berbeza dari hidupan lain.Jika manusia sendiri bersikap seperti binatang.Ingatlah keseronokan dan kegembiraan dunia hanya sementara kerana dunia ini hanya pinjaman(sementara).Kita hidup didunia ini bukan untuk mencari keseronokan dunia tapi untuk mencari nikmatnya kehidupan akhirat yang kekal abadi.

=)

1 comment: